Sesi Live Maklumat Palsu Dan Oversharing Pusat Ekonomi Digital Komuniti Bau
31 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2020 (Sabtu), satu sesi live oleh Pusat Ekonomi Digital Komuniti Bau telah mengadakan siaran langsung di halaman Facebook Page Menarik Di Bau mengenai “Maklumat Palsu dan Oversharing”.
Siaran langsung ini mengunakan laman web Streamyard yang dihubungkan terus ke halaman Facebook Page Menarik Di Bau.Siaran langsung di halaman Facebook ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti tentang “Maklumat Palsu dan Oversharing”. Antara pengisian yang terdapat dalam aktiviti ini adalah, penonton didedahkan bagaimana mengesan emel/sms yang berunsur penipuan dan berpotensi membawa mangsa ke laman web palsu dan contoh seseorang yang terlebih berkongsi maklumat peribadi secara umum di media sosial. Selain daripada itu juga, Staff yang memberikan ucapan juga turut mendedahkan cara/tips keselamatan siber untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan laman web palsu.
Berikut merupakan link streamyard untuk sesi live maklumat palsu dan oversharing:https://www.facebook.com/MenarikDiBau/videos/2801703673398354
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: